BERLAJARLAH DARI DIARI UNIVERSITI KEHIDUPAN

JALAN PENYELESAIAN.
27/2/2012.

Assalamulaikaum.. 
salam sejahtera. moga kalian dalam keadaan sihat 
dan bersemangat untuk teruskan
 perjuagan kehidupan yang tiada siapa tahu 
di mana penghujungnya.
Alhamdulilah selawat dan salam kepada nabi junjungan yang mulia. 


dan marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH S.W.T Tuhan sekelian alam yang masih lagi memberikan peluang kepada saya dan anda bertumu lagi dalam ruangan yang sangat kecil ini.
 moga dapat manfaatnya insya ALLAH.
pada pertemuan kali ini saya cuba untuk memperkatakan tentang satu kata-kata atau pepatah arab yang boleh kita sama-sam ambil ikhtbar darinya.


pepatah arab ada menyebut tentang satu perkara yang sering berlaku dalam hidup kita dan perlu untuk kita hadapi. 
Agaknya apa ye?....

Jalan Terbaik Untuk Mengatasi Kesulitan Ialah Merempuhnya

Pakar-pakar psikologi dan ilmu jiwa menyatakan bahawa cara menghilangkan rasa takut kepada sesuatu perkara yang tidak sepatutnya ditakuti ialah menghadapi perkara tersebut melalui tindakan kerja.


Contohnya 

Seseorang yang takut kan lipas. Bertidaklah mencari lipas dan bermain dengannya. Rasa takut itu akan beransur-ansur hilang. buatlah secara teratur dan bertahap. 
Yakinlah,
takut itu akan lenyap.

Kembali kepada pepatah di atas.
Cara mengatasi kepayahan, kesulitan, keperitan, kemiskinan, kesakitan,kebimbangan,  kerisauan, ketakutan, kesedihan,kemalasan, kebosanan, 
dan segala perkara negetif ialah menghadapi masalah itu dengan mengambil tindakan 
dan berdepan dengan segala liku-liku dan susur-galurnya.


REMPUH!!!..

Jangan lari daripadanya !.
Jangan bagi alasan untuk mengelak dan membiarkannya. 
Cekalkan hati dan bertekadlah untuk mengatasi 
dan menyelesaikan masalah itu seberapa segera kerana selepas 
itu kita akan BERPENGALAMAN dan akan menemui 
JALAN KELUAR DAN KEMUDAHAN.    


INGAT...
Hanya orang-orang 'kecil', berhati kerdil, berjiwa lemah dan 
berakal buntu sahaja yang mahu melarikan diri, membuat alasan 
"bodoh" dan mengelak daripada berdepan dengan masalah dirinya sendiri.


Jangan takut kepada peperiksaan kerana ianya adalah ranting. Pokoknya, 
terasnya ialah belajar. Belajarlah dengan tekun. 
Belajarlah teknik belejar. 
Atasilah masalah belajar. Pupuklah semangat belajar dan 
CINTAKAN ILMU. 
Peperiksaan akan menjadi mudah dan menyeronokkan bagi anda!

Cubalah!!!!

Pegang, tahan panas dinginnya. Rempuh, tanggung 
untung ruginya/ risikonya.


8 Janv 2012

Alhamdulillah sedar tak sedar kita sudah pun berada tahun 2012 setiap kali masuk tahun baru dan setiap kali juga la umur saya bertambah…alhamdulillah, saya masih diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Bila tiba tahun baru sahaja masing-masing memikirkan tentang azam baru pada tahun baru.kan? apa kata kita sama-sama mengupas tentang  tentang azam kehidupan.


Kata orang apa yang kita perolehi semuanya datang dari diri kita sendiri. Dalam erti kata lain ia BERMULA DARI DIRI KITA.


Jangan bimbang tentang keadaan dunia. Jika anda bimbang, perasaan itu akan menghancurkan anda sendiri. fikirlah masalah satu persatu. senangkan diri anda sendiri. Lakukan sesuatu untuk anda, dan orang lain akan menyokong sifat anda.


Hidup bukanlah perjudian yang bergantug pada nasib, kecuali kalau kita menganggapnya begitu. Hidup adalah perjuangan yang memerlukan ilmu, perancangan dan tindakan. Hidup anda, andalah yang mengatur, mentdbir dan mengendalikannya. Andalah pemutus dan pemacu arahtujunya. Apabila anda memenuhi tututan dan syarat-syarat kehidupan, barulah keputusan akhir ditentukan oleh ALLAH, Tuhan Pentadbir alam. Anda boleh jadi kaya atau miskin. Anda boleh jadi sihat atau sakit. Anda boleh jadi bahagia atau derita. Itu semua hanyalah brgantung pada 
kehendak dan keputusan anda sendiri. 
Buatlah keputusan akhir untuk hidup anda.
hidup di dunia dan hidup di akhirat sana.


kalau tidak memberi, usah diharapkan menerima.
Kalau tidak bersusah-susah dahulu, 
jangan diharapkan bersenang-senag kemudian.
Berkhidmat dahulu, hadia akan manyusul kemudian.

Ingatlah:

Tangan sebelah atas lebih baik daripada tangan sebelah bawah.
Mulailah dengan orang yang kau tanggung.


Didiklah dirimu menjadi pengeluar, bukan pengguna.
Latihlah dirimu menjadi pembekal, bukan pelanggan.
Asuhlah dirimu menjadi pemimpin, bukan pengikut.
Lazimlah dirimu menjadi pengisi bukan penanti.
Pupuklah dirimu menjadi pemberi, bukan penerima.
Tekunlah dirimu menjadi pemenang, bukan pihak yang kalah.
Tekadlah dirimu menjadi penentu polisi, bukan penurut membuta tuli.
Tegarlah dirimu menjadi pencipta resepi, bukan pelahap rezeki.
Didiklah dirimu menjadi orang biasa yang bertekad luar biasa,
bukan orang biasa yang nekad di takuk lama.

Pastikan TUJUAN anda yang mengatur AKTIVITI dan PEKERJAAN anda, bukan AKTIVITI dan PEKERJAAN anda yang mengatur TUJUAN dan JALAN HIDUP anda.



13 Dis 2011

alhamdulilah bersua kembali.
kali ini saya cuba menampilkan 
tentang sikap kita melihat orang lain.


perlu diingatkan tentang peristiwa BILAL BIN RABAH r.a.
Orang banyak melihat beliau dengan pandangan positif (putih)
dan baik, bukan pandangan negetif (hitam) dan buruk biarpun warna kulitnya hitam pekat. 
kenapa ?
kerana beliau membina pandangan orang dengan membentuk peribadi  dirinya sehingga orang tidak nampak warna kulitnya tetapi nampak warna imannya.

Beliau membentuk cara berfikir orang lain terhadapnya dengan mempamirkan rangka peribadinya yang unggul dan menarik, sehingga orang melihat dirinya ke dalam batin bukan dirinya ke luar zahir. untuk berubah, kita mesti berubah fikiran. untuk berubah orang lain terhadap kita , mesti juga merubah caranya berfikir.


Tetapi kita mesti memperlihatkan imej diri yang positif .
Apa yang kita pamerkan tentang kita, itulah yang akan dilihat orang tentang diri kita.


Sayyidina Umar r.a. mempamerkan keimanna dan kadilannya sehingga orang nampak dirinya dengan dua ciri tersebut. 

Sayyidina Abu Bakar r.a. mempamerkan keimanan, ketegasan dan pemurahnya sehingga orang tidak nampak lain daripada sifat-sifat terpujinya itu.

Iman Syafie r.h. dilihat orang pada kejituan ilmunya justeru yang itulah dipamerkan olehnya.


Imam Hasan Albanna r.h. dilihat sebagai seorang tokoh mujaddid dan da'i kurun yang ke 20 lepas, justeru ciri-ciri itulah yang dipamerkan dalam riwayat dirinya.

NATIJAHNYA:
Sikap kiat yang dilihat orang, bukannya rupa kita.




18 Nov 2011


MOTIVASI BELAJAR DAN PENGURUSAN DIRI

Belajar adakalanya membosankan apabila ia menjadi satu bebanan yang menghambat kita. adakalanya ia menyeronokan apabila ia menjadi satu hobi yang memecut kita.

Motivasi belajar tentunya berkait rapat dengan pengurusan diri. 
Pengurusan diri berkait rapat dengan cara kita berfikir.
Cara kita berfikir pula berkait rapat dengan solat kita.
Dan solat kita pastinya berkait rapat dengan iman kita kepada Allah. 
dengan kata lain, puncanya ialah iman


bagaimana cara berfikir kita berkait dengan solat?

cuba perhatikan satu kenyataan berikut:
Untuk mendapat konsentrasi (tumpuan) fikiran mestilah duduk tegak, mambaca/ menulis, mata melihat sasaran dan telinga mendengar kenyataan. itu kenyataan pengkaji barat dan pakar motivasi kini. solat lebih awal mendidik kita berbuat demikian. 
Untuk "khusyu" ( menghipunkan daya fikir/akal dan memberi tumpuan) mestilah berdiri tegak, membaca ayat, melihat tempat sujud dan memperdengarkan bacaan kita ke telinga sendiri atau mendengar penuh perhatian kepada bacaan ke telinga imam.


Bukankah latihan khusyu' itu lebih berwawasan daripada latihan konsentrasi yang disarankan?


dalam pada itu pun istilah khusyu' dan konsentrasi adalah hampir sama dan sinonim. 


BELAJAR TEKNIK BELAJAR ADALAH PENTING.
PRAKTIKAL TEKNIK BELAJAR LEBIH PENTING.
DAN KEMAHIRAN UNTUK BELAJAR TERLEBIH PENTING.


Pengurusan diri temasuklah jadual rutin harian, pengurusan makan minum, pengurusan pakaian, rumah tangga, kewangan, masa belajar, kuliah, persatuan dan jamaah.


INGAT!!
Termasuk pengurusan diri ialah cara berfikir dan kawalan emosi dalam semua sudut. 

monoja 260206
   





17 Nov 2011


Al-hamdulilah, solawat dan salam buat junjungan Rasullulah, keluarga dan para sahabat sekalian.



Perjalanan hidup kita tidak ada masa rehat henti. Langkah demi langkah mesti diatur. Mereka yang tidak berkejaran memburu dan membina peluang hidup akan berdepan dengan sengsara kematian sebelum mati. Renungilah sejarah para rasul, bilakah masa mereka cuti dan pencen? walhal merka terpilih di bawah payungan Allah. 


" Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia berada dlam susah payah" AL- Balad/4





Renungilah sejarah anak kecil yang sentiasa bergerak dan aktif. pada hal apalah yang didapatnya dengan pergerak yang berterusan itu ? Rupanya, disitulah langkah pertama dan peringkat awal untuk hari depannya bahawa hidup adalah perjuangan yang mesti sentiasa aktif dan cergas.

Jika tidak gelombang hidupnya akan melontar dirinya ke suatu  lokasi yang memeritkan hidup dan matinya. Mahu tak mahu, manusia mesti berkerja keras mencapai matlamat agung iaitu

KEREDHAAN ALLAH




PENGALAMAN ORANG YANG BERJAYA PERLU DIIKUT. DAN PENGALAMAN ORANG YANG GAGAL JANGAN DIPEDULI.
Jangan bertanya orang-orang yang gagal, kalau mahu berjaya. Dan jangan bertanya orang-orang yang berjaya, kalau mahu gagal. orang-orang yang berjaya sahaja yang tahu jalan kejayaan. Manakala jalan-jalan kegagalan sebenarnya tidak diketahui pun oleh orang-orang yang gagal itu sendiri. Kalaulah mereka tahu, tentu mereka tidak mahu melaluinya, kerana tidak ada orang yang mahu gagal dalam hidup. inilah keganjilan hidup.
                             
Monoja 260206 





28 Oct 2011


Iktibar Daripada Air Terjun Yang Indah




Sungguh sempurna ciptaan Mu.
Ciptaan yang tiada lagi tolak bandingnya, tersegam indah bumi ciptaan yang Maha Esa di hiasi dengan gunung ganang, bukit bukau, dan padang pasir yang terbentang luas membuktikan kekuasaannya sebagai yang Maha Penciptaan.

Seperti air tejun yang saya paparkan buat kali ini. mungkin anda pernah meligat semuanya. 
Tetapi pernahkah anda mempelajari apa yang ada di sebalik ciptaan ALLAH S.W.T ini.
 Di sebalik keindah yang di paparkan pastinya ada penjagaran yang ingin di sampaikan oleh pencipta kita. kerana setiap sesuatu yang diciptakan faedah yang tersendiri. 
      Awas jangan tengok sesuatu ciptaan dengan mata biasa. lihatlah sesuatu dengan mata hati. kerana sesuatu yang lahir dari hati akan sentiasa kekal bersama-sama.
         
Lihatlah air mengalir indah turun dari tempat yang tinggi menyusuli langkah dari satu tempat menuju ke satu tempat yang lain membawa bekalan air kepada seluruh makhluk yang hidup di muka bumi ini. 
Tetapi a
dakalanya air yang kita amat memerlukan untuk hidup, amat kita takuti sewaktu ia bersatu di sesuatu lemabah. kerana air akan sentiasa mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah. sememangnya manjadi peraturan air. ia akan turun ke tempat yang rendah dengan rentah mempersonakann, ia tidak pernah menghiraukan sekatan, tiadak memilih satu jalan sahaja, tidak prnah mengenal erti putus asa, tidak pernah mengenal erti mengalah, tidak muda lesu dan terus bergerak menuju matlamatnya sehingga ia sampai ke satu tempat yang lembah dan Lebih rendah dari tempat ia datang, maka semakin banyaklah air yang bertakung di situ. Justeru, lembah dan lurah sering bertukar menjadi tasik, sungai dan ngarai. D

i situlah ia brkumpul dan bersatu teguh. Di situlah ia mengerunkan manusia. dalam masa yang sama manusia masih mampu mengatasi air itu dengan kekuatan yang tersembunyi yang Allah kurniakan iaitu:

  CINTA, PEMIKIRAN, KEINGINAN DAN KEPERCAYAAN.

Kapal yang terapung atau kapal yang menyusuri dasar lautan sebagai bukti dan manifestasi kekuatan akal manusia. 

Tidakakah kita  mahu mencedok pengalaman air, tetapi bukan menurun ke bawah, bahkan menaik ke atas?

tindakkan kita mahu memenangi kekuatan air sehingga kita mampu mengambil manfaat daripadanya dan ia tidak memudaratkan kita?



jawapannya: TENTU!!!



Tujulah ke matlamat anda sebagaimana air menuju ke perlembahannya. jangan kaku dengan halangan dan sekatan yang ada, tetapi membengkoklah ke kiri dan ke kanan mencari jalan keluar daripada gangguan itu di samping tetap dengan matlamat yang dituju.

MUNDUR, TIDAK!!! MEMBEKU, PUN TIDAK!!!
Kalau pun memang terbentang penuh, air tidak pernah berhenti daripada perjalanannya. ia menunggu sehingga kekuatannya terkumpul. Selepas itu, empangan yang "gah" bagaimana pun terpaksa tunduk mengalah kepada 'kehendak'nya.takkanlah kita yang mampu menjana air melalui kaedah H2O lebih rendah ' kehendak' dan lebih mudah mengalah.
kalau air pun tahu 'tidak mahu mengalah ' , bagaimana dengan manusaia yang berakal? sepatutnya lebih tahu untuk 'tidak mahu mengalah'.

   

fikir-fikirkan... 





19 sept 2011


Iktibar Daripada Seokor Anak Gajah


Al-kisah....

Seorang petani bertemu seekor anak gajah di kebunnya. Anak gajah itu sebenarnya sudah terpisah daraipada ibu dan kumpulannya. Dia membawa pulang anak gajah dan dirawat dengan baik. tetapi, oleh kerana petani itu tidak memiliki kandang yang sesuai, anak gajah diikat pada sebatang pokok buluh kecil dengan menggunakan seutas rantai anjing yang sederhana saiznya.

hari berganti hari dan ank gajah itu menjadi bertambah besar. Keinginan haiwan itu untuk hidup bertambah tinggi. setiap hari anak gajah yang beransur dewasa itu cuba melepaskan diri dengan menhentak-hentak kakinya dengan harapan supaya rantai yang mengikat salah satu kakinya itu akan putus. tetapi usahanya itu tidak berjaya, malah kakinya pula yang mengalami kecederaan. Lama kelamaan keinginan gajah hendak melepaskan diri daripada ikatan rantai mula kekurangan dan akhirnya harapan itu hilang sama sekali.

Gajah yang menjadi gajah dewasa dan memiliki sepasang gading yang panjang itu masih lagi terikat pada sebatang pokok buluh kecil seperti waktu dia mula ditangkap dahulu. Sekiranya dilihat daripada sudut logik, sekarang gajah itu sudah pasti dapat melepaskan diri. Dengan sekali hentak sahaja, rantai yang mengikat kakinya pasti putus. tetapi mengapa si gajah itu tidak mahu melepaskan dirinya? kerana dia sudah ia sudah hilang keyakinan diri, ia juga pernah mengalami kegagalan sebelum ini. maka dalam hati dan fikirannya, dia merasakan yang dia tidak mampu hendak melakukannya lagi.

--------------------------888888888888888888888888888888888888888-------------------------------

Perkataan jatuh dan bangun sudah sebati dalam hidup kita. Hidup di dunia ini ibarat roda kadang-kadang kita di atas dan kadang kala kita di bawah. sudah menjadi lumrah dalam penempuhi jalan yang berliku demi mencari kebahagian di sini mahupun di sana. pengurbanan yang di buat pastinya akan membuah hasil.

Tuhan tidak pernah menjanjikan langit yang sentiasa biru, namun yang pasti awan mendung pasti berarak. kenyataannya, ramai manusia dengan mudah menghukum diri sendiri apabila melakukan kesilapan. secara tidak langsung kesannya sekali gus membuatkan dia kehilangan semangat dan keyakinan mahu mencuba sesuatu yang baru. Kejayaan bukan diukur daripada kedudukan yang dicapai oleh seseorang dalam kehidupan, tetapi daripada rintangan-rintangan yang berjaya dilalui dan diatasai semasa berusaha mencapai kejayaan berkenaan. Di sanalah letaknya nilai kehidupan yang bermakna.

pengalaman bukanlah apa yang terjadi pada seseorang tetapi apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap apa yang terjadi kepada dirinya. Mungkin pengalaman itu adalah pengalaman pahit yang meninggalkan kesan duka ataupun pengalaman manis yang memberi kita semangat menjadi kan kehidupan ini lebih bermakna. sama ada manis ata pahit, peristiwanya tidak penting. yang lebih penting adalah bagaimana kita bertindak pada peristiwa berkenaan. kadang-kadang peristiwa yang kurang menyenangkan menjadikan kita seorang yang pesimis dalam melalui kehidupan ini. apa yang lebih parah lagi apabila peristiwa kecil yang terjadi dapat berkembang dalam fikiran seseorang melalui khayalannya. Sehingga dia berasa seolah-olah peristiwa itu sesuatu yang buru dan teruk sekali gus menghapuskan segala persaan optimistik yang ada dalam diri kita sehingga hilangnya persaan keyakianan diri.

'''''' Tidak ada masalah yang terlalu besar untuk diatasi, tidak ada langkah yang terlalu panjang untuk dijalani, dan tidak ada orang yang terlalu sukar untuk dihadapi, sekiranya kita menghadapi dan menangani setip peristiwa yang terjadi itu dengan hati yang bersih dan fikiran yang tenang.''''''

keyakinan diri seharusnya dipupuk menjadi sebati dalam darah daging kita agar kita sentiasa bersikap positif dalam apa jua situasi sekali pun. semestinya sikap keyakinan diri melatih seseorang menjadi insan yang cemerlang dan terus cemerlang. walaupun rasa rendah diri tetap ada dalam jiwa sebagai penawar duka tak kala tewas dalam perjuangan. Namun jangan mentafsir bahawa rasa rendah diri sebagai penyakit INFERIORITY COMPLEX yang rasa terancam, bimbang dan rasa hina atas kemampuan dan kebolehan diri. Demikian itu bukan sifat orang yang beriman bahkan Islam sangat melarang umatnya bersifat demikian. Firman Allah yang bermaksud "janganlah kamu merasa lemah dan berdukacita, sebaliknya kamulah orang yang tinggi jika kamu beriman."(surah ali'imran)

Umat Islam ialah umat yang mempuanyai keyakinan diri yang tinggi. Persoalannya apa itu keyakinan diri?
Keyakinan diri ialah pandangan diri terhadap diri sendiri tentang kemampuannya untuk berjaya dan cemerlang dalam hidup di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya, pandangan diri anda terhadap diri sendiri adalah lebih penting berbanding pandangan orang lain terhadap kita.

keyakinan diri itu sangat sinonim dengan harga diri. keyakinan diri adalah perasaan stabil dan serasi dengan diri sendiri yang menyebabkan kita rasa layak, mampu dan yakin untuk mencapai kejayaan. Tanpa keyakinan diri, ilmu yang tinggi, harta yang banyak, rupa yang cantik dan apa jua kelebihan pun tidak akan menyumbang kepada kejayaan.

kata bijak pandai, " Tuhan tidak menciptakan manusia bodoh. Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza." malah ada antara bijak pandai itu yang menegaskan bahawa setiap manusia mestilah berkeyakinan bahawa dunia tidak akan lengkap tanpa kehadirannya.ya ... setiap kita adalah khalifah (wakil) di muka bumi dan setiap khalifah mesti dibekalkan segala kelengkapan untuk menjalankan peranannya.

Jika kita rasa lemah, tidak ertinya kita memang lemah dan sedia tidak berdaya, tetapi cuma kita belum mengenali dan menerokai kekuatan diri yang sebenar. Atau kita telah menemuinya tetapi belum menggunakan secara maksimum.

ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN . Maka sesuaikan fikiran anda dengan kaliber yang sebenarnya. Berfikirlah sesuai dengan kebesaran anda, dan anda memang sesungguhnya besar.. JANGAN.. Jangan... jangan  sekali-kaliu menjual diri anda terlalu murah.


Sumber: 1.- Buku setengah berisi setengah kosong.
             2 - Majalah solusi - isu 17






18 sept 2011


Pesanan Ibu: Iktibar Daripada Sebatang Pensel


Pernah seorang lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.
" Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?"

Si ibu menjawab dengan penuh penuh kejujuran seorang ibu.
" Ibu menulis tentang diri kamu, tepi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pencel ini?

Si anak tersenyum dengan penuh tanda tanya, lalu terus bertanya tentang si ibunya.
" Apa yang istimewa tentang pensel ini?

Ibunya menjawab denganpenuh harapan agar anak dapat ambil ikhtibar dari jawapannya.
" ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu? jelas si ibu dengan penuh hikmah.

" ya, Ibu."

Pertama.
Pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini.
Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu ALLAH s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya. 

Anak ibu harus ingat, kita akan mampu berjaya dalam kehidupan ini seandainya kita dibimbing oleh orang-orang yang positif.Namun, jika kita membiarkan diri kita hanyut tanpa bimbingan, bergaul dengan mereka yang salah serta mengikut telunjuk syaitan.. pasti kita akan rugi dan gagal.

Kedua.
Ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diaut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu, kamu mesti berani menepuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik. 

Anak ibu. Perjalanan hidup ini, pasti banyak cabaran dan masalah yang perlu kita hadapi. semua yang berlaku bukan sekadar sahaja. tetapi ia semata-mata untuk mendewasakan dan mematangkan kita demi menjadi seorang insan yang tabah, yang tak pernah kenal erti putus asa. Dugaan hidup sangat perlu agar kita dapat ambil iktibar daripadanya dan mempu membina kekuatan diri untuk berjaya dalam kehidupan.

Ketiga.
Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukan sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar

Andai tersilap langkah, dengan bimbingan, kita mampu memperbetulkannya. Dan cubalah untuk tidak mengulangi kesalahan itu. Kita bukanlah insan yang sempurna tetapi kita berhak menjadi insan yang sempurna apabila kita sering menghitungkan diri dari kesilapan lampau. kita buka maksum yang tiada kesilapan dan kesalahan. Apa yang penting, kesilapan itu harus diperbaiki. Segala kesalahan dan kesilapan sememangnya akan mematangkan kita. Kegagalan adalah pengalaman yang berharga sebelum kita mencapai kejayaan. Kejayaan itu adalah kegagalan yang diputarbalikkan. Namun, jangan biarkan diri sentiasa dalam kegagalan. Sentiasalah berkeinginan untuk mengubah diri menjadi yang lebih baik. Usah jatuh ke lubang yang sama dua kali.

Keempat.
Tahukah anak ibu mana yang lebih penting; luar atau isi pensel ini?
sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu,  berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah. 

Samalah seperti kita, faktor dalaman yakni hati dan rohani yang kukuh pasti dapat mendorong kita menjadi insan yang sentiasa bermotivasi serta selalu berusaha untuk berjaya. Minda positif yang tersemat dalam pemikiran beserta kekuatan jiwa yang ampuh pasti akan menggerakkan fizikal kita untuk beribadah dan bekerja bersungguh-sungguh.


Kelima.
Pensel ini selalu meninggalkan tanda atau gorisan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan tinggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu berharap kamu akan berhati-hati dan bijak dalam bertindak pada apa jua situasi. 

teruslah berbakti dan meninggalkan kesan serta manfaat yang positif untuk orang-orang di sekeliling kita. Janganlah sekali-kali meninggalkan kesan yang buruk dan mengundang benci orang pada kita. Jangan kita menyakiti hati mereka di sekeliling kita. Tunjukkan lah sikap yang positif agar orang menghargai kita.

Begitulah pesanan seorang ibu kepada anak kesayangannya. Namun cerita di atas bukan sahaja terpapar untuk dibaca malah untuk dihayati dan di amalkan. insya allah 


16 sept 2011


Perjalanan Sang Murabbi 

Bermulanya sebuah perjalanan hidup seorang yang dahulunya tidak bernama dilahirkan kedunia melihat ciptaan yang maha besar. Lahirnya saya dengan membawa seribu amanah di dunia meniti kehidupan yang belum pasti bahagia disana. Kematian yang akan menjelma sebagai nokhta berakhirnya tugasan di dunia. Amanah yang di kirimkan akan menentukan siapa saya disana. Amanah itu ujian hidup yang pastinya akan disoal pada hari kelak. Namun dengan amanah jua yang menentukan bahagia di sana. tetapi persoalan yang harus kita tanya pada diri sendiri, adakah saya menunaikan amanah yang diberi dengan sempurna? atau sekadar melepas batuk di tangga. memikul amanah tanpa melakukan apa-apa? Namun, persoalan yang paling bermakna dalam hidup kita adalah apakah amanah yang dikirimkan ke dunia. dan apa pula tujuannya?



Ramai orang beranggapan bahawa amanah hanyalah berlaku jujur pada diri sendiri dan juga orang lain. Samada dalam apa jua urusan. Amanah yang paling besar dalam hidup kita adalah amanah kehidupan. amanah sebagai khalifah di muka bumi. Bila kehidupan dianggap sebagai amanah, pastinya ada yang memantau amanah atau tugasan yang dikirimkan. Siapa dia? Dia adalah maha mencipta yang pencipta kita dan seluruh apa yang ada di langat dan di bumi.

Sebelum kita ditiupkan roh ke dalam rahim ibu, persidangan terbesar di buat menghimpunkan seluruh roh-roh dengan satu tujuan iaitu majlis ikra akujanji di hadapan pencipta roh. Adakah manusia ingat bahawa setiap daripada kita telah berbai'at kepada Allah dan telah berikrar dan berjanji untuk bertuhankan kepada Allah di alam Roh ? Tentunya tidak ingat atau tidak tahu langsung kerana khabar beritanya sudah begitu lama, lalu Allah peringatkan kembali melalui FirmanNya ayat An Nahl 89 yang maksudnya: 


"Dan Kami turunkan kepada kamu al kitab (al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang menyerahkan dirinya"

Ayat di atas memungkinkan kepada manusia supaya jangan lagi mengadakan alasan-alasan untuk menafikan bahawa dia tidak pernah berjanji dan tidak mengenali Allah kerana Allah telah terangkannya di dalam al Quran seperti ayat al A'araf 172 yang bermaksud:

".. Bukankah Aku ini Tuhan kamu ? Maka semua menjawab (manusia) Benar ! Engkaulah Tuhan kami, kami menjadi saksi, dan yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari qiamat Kami adalah lalai"

Dan ayat ini di kokohkan lagi oleh ingatan Allah kepada manusia melalui An Nahl ayat 91 yang bermaksud : 

"Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah kamu itu sesudah kamu mengokohkannya ..."

Dengan ayat yang di atas rasanya tiada alasan bagi manusia hendak menolak yang kita pernah mengenali Allah kerana Allah telah ingatkan kita dengan menurunkan ayat-ayatNya, 


Amanah kehidupan pasti akan berterusan sehingga dibangkit kembali setelah mati, 


perjalanan kita bukan sekadar berhenti setelah mati, tetapi perjuangan dan perjalanan akan di teruskan dengan episod yang menentukan hasil samada baik atau buruk. pada episod ini perjalanannya penuh dengan onak duri yang berliku







0 comments:

Post a Comment

detik waktu

\

sumpahan masa

Laluan Sang Murabbi

Laluan Sang Murabbi



Powered by Blogger.

About Me

awal kalam, ASSALAMULAIKUM.. Bicara hamba untuk memperkenalkan diri. Nama diberi dulu kini dan selamanya ROSMAN BIN ISMAIL. Nama yang penuh dengan makna tersirat.. Bukan pujian makhluk menjadi pujaan tetapi mencari keredhaan allah menjadi misi dan visi hidupku ini. perjalanan hidup saya masih lagi jauh. kini saya sedang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. bila menyebut tentang kelebihan dan kekurang hanya tuhan yang lebih mengetahui. cuma pontensi yang saya miliki agak lain berbanding orang lain. mungkin juga di pengaruhi oleh minat atau bakat yang ada pada diri menentukan saya disini.

hasil tangan seorang kaunselor

hasil tangan seorang kaunselor









memory tersemat di hati

memory tersemat di hati












melody hatiku


Followers


About this blog